Kawan Namika Lagi

Lamanya Namika tidak bercerita, kan? Namika sebenarnya hilang mood buat seketika untuk update sebarang cerita. Banyak perkara yang berlaku yang menyebabkan namika hilang rasa. Namika tenggelam melayan perasaan sendiri. Namika di buru segala macam perasaan. Namika jadi buntu seketika. Tapi alhamdulillah, Allah masih sayangkan Namika. Namika di kejutkan dari mimpi yang panjang. Sekarang namika sudah kembali ke alam nyata.
Kali ini Namika cuma nak bercerita tentang kawan Namika. Dulu Namika memang seorang yang kuat berangan. Namika selalu saja ada dunia Namika sendiri. Namika ada 'kawan' yang sangat baik. Namika selalu berborak dengan dia di kala kesepian. Namika selalu kongsi masalah dengan 'dia'. 'Dia' seorang pendengar yang setia. Di kala Namika sedih, 'dia' akan datang menemani Namika dan memujuk Namika. 'Dia' sangat baik. Namika memanggil 'dia' dengan panggilan 'awak' saja. Namika tidak tahu apa nama 'dia'.
Tapi bila Namika menginjak remaja, 'dia' mula hilang dengan sendiri. Namika ada ramai kawan di alam nyata apabila bersekolah di asrama. Jadi, lama-kelamaan 'dia' hilang begitu saja dari hidup Namika. Beberapa tahun kemudian, apabila Namika berada di universiti, Namika bertemu dengan seorang kawan yang mempunyai ciri-ciri seperti 'dia'. Kami menjadi rapat dan bersahabat baik sehingga sekarang. Namika sangat sayangkan sahabat Namika. Namika tidak sanggup melukai dia. Hinggakan dulu, apa yang Namika lakukan, Namika selalu dahulukan dia. Hinggakan bab nak berkahwin pun, pernah Namika berjanji pada diri sendiri, Namika akan biarkan dia kahwin dulu baru Namika akan fikir untuk berkahwin sebab, jika Namika kahwin dulu, nanti Namika rasa macam Namika tinggalkan dia keseorangan and she can't survive... Dan sekarang, alhamdulillah, dia sudah pun berkahwin, dan Namika memang menunaikan janji...sekarang baru Namika mula fikirkan untuk mencari pasangan hidup.
.jpg)


































